5.2.1 DEFINISI PROFESION
- Kamus Dewan IV (2005) : Suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan krusus.
- Cruess, Johnston & Cruess : Pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang kompleks.
- Lieberman (1956) : Bidang yang mempunyai ciri-ciri :
5.2.1 KRITERIA GURU PROFESIONAL
PENGENALAN
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin mempengaruhi dunia pendidikan masa kini. Oleh itu guru-guru pelatih KPLI perlu didedahkan kepada pelbagai sumber pendidikan yang melibatkan penggunaan teknologi baru yang canggih.
Kursus Pengurusan Sumber ini telah digubal sedemikian supaya guru-guru pelatih didedahkan kepada asas-asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan dan Maklumat. Mereka didedahkan kepada kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai agen perubahan di sekolah, guru pelatih KPLI yang mengikuti kursus ini akan menjadi lebih peka dan bersikap dinamik dalam menerokai perkembangan terkini demi memajukan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
MATLAMAT
Kursus Pengurusan Sumber ini bertujuan melahirkan guru pelatih KPLI yang dapat menguasai kaedah penghasilan,penggunaan, pengendalian dan penilaian alat dan bahan bantu mengajar agar dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa akan datang.
OBJEKTIF
1. Menyedari dan menhayati kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan dan Maklumat.
2. Menggunakan sumber pendidikkan secara berkesan dalam membantu tugas-tugas seorang guru dan
3. Menggunakan sumber maklumat dangan optima dan berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah: MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas
Ketuhanan | : | Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. |
|
|
|
Kemasyarakatan | : | Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. |
|
|
|
Kendiri | : | Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia. |
Kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:
Pengetahuan | : | Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran KBSR dan KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan. |
|
|
|
Kemasyarakatan | : | Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi. Pembinaan dan pengukuhan aspek "how to" dengan memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum. |
|
|
|
Nilai | : | Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik. inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan. |
SUMBER RUJUKAN
Mok Soon Sang, (1994)..Asas Pendidikan 3 Kurikulum dan Praktikum, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang, (2004). Tim Pendidikan untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,Subang Jaya
Sharifal Alwiah Alsagoff, (1984). Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur :Heinemann Asia.
Sulaiman Hamzah, Karimah Zainab, (1977). Aliran Pendidikan, Pustaka Aman Press Sdn Bhd
i. Ilmu Profesional Guru
MODEL SHULMAN
Shulman (1986) menggariskan 7 kategori pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasi untuk menjadi guru profesional
-Pengetahuan tentang pedagogi umum
Pengetahuan tentang kandungan subjek
-pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek
-pengetahuan tentang kurikulum
-pengetahuan tentang pelajar
-pengetahuan tentang konteks pendidikan
-pengetahuan tentang falsafah, matlamat, tujuan dan nilai pendidikan
ii. Kemahiran Guru
kemahiran ikhitisas yang merangkumi kemahiran mengurus bilik darjah, menggunakan metadologi pengajaran, membina dan mengguna bahan bantu pelajar dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- kemahiran teknologi
-kemahiran profesional
- kemahiran komunikasi
-kemahiran interpersonal
-kemahiran intrapersonal
iii. Nilai dan sahsiah guru
Nilai adalah sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, bepekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif, dan patuh pada etika profesionalisme keguruan.
5.2.3 KRITERIA PROFESION KEGURUAN SEBAGAI KERJAYA PROFESIONAL